Selamat Datang ke

Saya memerlukan bantuan...

Endowment Fund Sarawak (EFS)
Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan initiatif Kerajaan Sarawak dengan pemberian sebanyak RM1,000.00 kepada setiap anak kelahiran Sarawak, bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi

Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Insentif Ibu Bersalin berjumlah RM450 kepada setiap ibu yang melahirkan anak, bermula 1 Januari 2020. Objektif BIB adalah untuk membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak.

Geran Tahunan Khas (GTK)
GTK memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak dan ianya penting untuk membantu pusat penjagaan atau pendidikan awal kanak-kanak untuk menyediakan permakanan yang sihat, sesi pembelajaran yang menyeronokkan dan sebagainya.

Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP)
Bantuan ini adalah inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu meringankan beban pesakit buah pinggang di Sarawak yang memerlukan rawatan untuk sakit buah pinggang seperti hemodialisis.

Kenyalang Gold Card (KGC)
Kad KGC adalah khas bagi warga emas Sarawak yang berumur 60 ke atas. Kad ini memberi hak keistimewaan seperti diskaun khas di kedai makanan yang terpilih, kedai runcit dan pelbagai perkhidmatan yang lain.
PEJABAT-PEJABAT DI SARAWAK
SUDAH MULA BEROPERASI
Waktu Operasi: 9:00am - 5:00pm
Untuk kesejahteraan rakyat Sarawak

