Sistem Atas Talian Kami

Warga emas berumur 60 tahun ke atas boleh memohon Kenyalang Gold Card mereka dengan lebih cepat dan mudah dalam talian. Daftar sekarang di Kenyalanggold.com atau aplikasi mudah alih iSarawakCare.

Inisiatif oleh Kerajaan Sarawak untuk memberi insentif sebanyak RM1,000 dalam bentuk simpanan kepada setiap anak kelahiran Sarawak. Daftar sekarang di Jabatan Pendaftaran Negara terdekat di Sarawak atau klik pada anak panah untuk memuat turun borang.

Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 kepada setiap ibu yang bersalin dan layak mulai 1 Januari 2020. Daftar sekarang melalui aplikasi mudah alih iSarawakCare.

Geran tahunan yang diperuntukkan kepada Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berdaftar di Sarawak untuk menyediakan asuhan, bimbingan dan didikan yang berkualiti. Mohon terus dari Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak atau klik pada anak panah untuk memuat turun borang.

Inisiatif oleh Kerajaan Sarawak untuk membantu meringankan beban pesakit buah pinggang (kumpulan B40 & M40). Daftar sekarang di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat di Sarawak atau klik anak panah untuk memuat turun borang.

Malay
English Malay