Syarat Kelayakan

1.

Warganegara Malaysia

2.

Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak

3.

Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus 'K'

4.

Dipohon semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran

5.

Bagi anak angkat,

a) Kedua-dua atau salah seorang ibubapa angkat pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’; dan
b) Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah

Dokumen Diperlukan

Salinan dokumen yang wajib disediakan untuk memohon

1.

Salinan MyKAD ibu atau bapa berstatus ‘K’

2.

Salinan sijil lahir bayi

3.

Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ dari cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

4.

Borang EFS yang diisi lengkap

Ketahui Lebih Lanjut

Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Endowment Fund Sarawak (EFS) adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;
(iii) Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus ‘K’; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran.
(v) Bagi kategori anak angkat:
a) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad berstatus ‘K’; dan
b) Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.

Ya, sekiranya kelahiran berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia, borang permohonan EFS yang diisi lengkap dan dokumen sokongan seperti berikut perlu dikemukakan ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak dalam tempoh masa setahun dari tarikh kelahiran anak.

a) Salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN;
b) Salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau
c) Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.

Ya, bagi kelahiran di luar negara, kelahiran perlu didaftar di Pejabat Kedutaan Malaysia bagi mengesahkan ibu bapa memilih kewarganegaraan Malaysia bagi anak tersebut sebelum menghantar permohonan ke Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak dalam tempoh 1 tahun. Sila lampirkan salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN, salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.

Sekurang-kurangnya 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada JPN Negeri Sarawak

Pemohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak dengan membawa borang permohonan EFS yang disertakan dengan dokumen yang lengkap seperti salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN, salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.

Ya, dibenarkan. Sekiranya anak itu meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun, waris boleh mengeluarkan EFS bagi tujuan pengurusan jenazah dengan mengemukakan sijil kematian asal dan MyKad ke cawangan Bank Islam berdekatan.

Tidak dibenarkan. Ini kerana akaun Endowment Fund Sarawak (EFS) adalah berbentuk akaun amanah (Trust Account).

Apabila penerima atau akaun telah genap 18 tahun, penerima boleh mengeluarkan EFS dengan mengemukakan MyKad di cawangan Bank Islam yang berdekatan.

Ya, layak untuk memohon Endowment Fund Sarawak (EFS) untuk bayi anda dengan syarat ibu atau bapa kepada bayi melantik legal guardian untuk urusan permohonan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia EFS.

Malay
English Malay