Untuk Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak

Saya hendak...

Syarat Kelayakan

1.

Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak (IPAKK) di negeri Sarawak yang berdaftar dengan agensi kerajaan

2.

IPAKK yang masih beroperasi

3.

IPAKK yang mempunyai lesen pendaftaran yang belum tamat tempoh

Dokumen Diperlukan

Salinan dokumen yang wajib disediakan untuk memohon

1.

Salinan sijil pendaftaran IPAKK

2.

Salinan buku akaun pengusaha/ sekolah

3.

Salinan kad pengenalan pengusaha/ sekolah

4.

Surat Rasmi memohon pembayaran ke akaun persendirian (hanya jika tiada akaun IPAKK)

Ketahui Lebih Lanjut

Insentif Geran Tahunan Khas (GTK) adalah bertujuan untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti bermula daripada TASKA dan TADIKA berfokuskan kepada:

  • Pemakanan yang sihat dan seimbang
  • Fun learning dan pendigitalan asuhan dan bimbingan kanak-kanak
  • Penglibatan ibu-bapa
  • Kompetensi guru dan pengasuh

Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) di negeri Sarawak yang berdaftar dengan kerajaan seperti agensi-agensi berikut:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMS)
  • Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS)
  • Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (PERPADUAN)
  • Jabatan Kemajuan (KEMAS) Negeri Sarawak
  • Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPPMIS)
  • Ibu Pejabat HIKMAH Sarawak
  • SeDidik Sdn. Bhd.
  • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak
  • Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Sarawak

a) Salinan sijil pendaftaran IPAKK

b) Salinan buku akaun IPAKK

c) Salinan kad pengenalan pengusaha/guru besar

d) Kertas Kerja GTK IPAKK

  • IPAKK boleh mengisi borang di pautan permohonan mengikuti agensi pendaftaran yang ditetapkan dibawah:
Agensi Pautan
JKMS bit.ly/boranggtk2020swasta
JPNS bit.ly/boranggtk2020prasekolah
PERPADUAN bit.ly/boranggtk2020perpaduan
KEMAS bit.ly/boranggtk2020kemas
BPPMIS bit.ly/boranggtk2020bppmis
HIKMAH bit.ly/boranggtk2020hikmah
SeDidik bit.ly/boranggtk2020sedidik
ABIM Sarawak bit.ly/boranggtk2020abim
PASTI Sarawak bit.ly/boranggtk2020pasti

Pendaftaran boleh juga di buat melalui aplikasi mudah alih iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store

Sila hubungi +6082-443729

Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

Malay
English Malay