Syarat Kelayakan

1.

Warganegara Malaysia

2.

Pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus 'K'

3.

Berstatus residen tetap (Permanent Residen) Sarawak

4.

Berusia 60 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2020

Dokumen Diperlukan

Salinan dokumen yang wajib disediakan untuk memohon

1.

Salinan Kad Pengenalan Pemohon (depan & belakang)

Ketahui Lebih Lanjut

Kad ini akan memberi hak keistimewaan seperti diskaun khas di kedai makanan yang terpilih, kedai runcit dan pelbagai perkhidmatan yang lain.

Untuk memohon KGC, pemohon mestilah warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan, penduduk tetap Sarawak serta berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020.

KGC menyediakan keistimewaan serta kelebihan seperti diskaun pada produk dan servis untuk penduduk Sarawak dari rakan vendor strategik KGC. Ia juga menawarkan bantuan belas ihsan RM3,000 untuk menampung perbelanjaan pengebumian sekiranya pemegang kad meninggal dunia.

Cari tanda Kenyalang Gold Card pada vendors yang terlibat dan tunjukkan Kenyalang Gold Card anda.

Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan daripada Jabatan Kebajikan, Pejabat Residen, Pejabat daerah dan sub daerah seluruh negeri. Ataupun anda boleh terus melayari laman sesawang KWKPK untuk memuat naik borang permohonan dan menghantarnya ke pejabat kerajaan yang terlibat.

Pendaftaran boleh juga di buat melalui aplikasi mudah alih iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store.

Anda boleh terus ke Jabatan Kebajikan yang terdekat, pejabat residen, pejabat daerah dan sub-daerah seluruh negeri untuk mendapatkan kad gantian.

Tidak. Hanya nama, nombor kad pengenalan serta bahagian yang akan dicetak pada kad.

Hal ini akan dimaklumkan oleh kakitangan dari pejabat yang terlibat mengikut bahagian dan daerah.

Tidak. KGC hanya digunakan untuk mendapatkan diskaun khas dari rakan strategik yang mengambil bahagian.

Tidak. Sebagai tambahan kepada tempoh jangka hayat yang tidak akan luput, KGC juga mempunyai kuasa untuk menentukan tempoh sah promosi/kempen yang tertentu yang mungkin ditawarkan dari masa ke semasa.

Untuk memohon KGC, pemohon haruslah warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan dan penduduk tetap Sarawak.

Sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) yang terdekat

Emel: kgc.gov@kwkpk.com

Malay
English Malay