Syarat Kelayakan

1.

Warganegara Malaysia

2.

Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak bersatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’

3.

Melahirkan di Sarawak atau di luar Sarawak

4.

Pendaftaran bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga 3 bulan selepas bersalin

Dokumen Diperlukan

Salinan dokumen yang wajib disediakan untuk memohon

1.

Salinan kad pengenalan permohon (depan & belakang)

2.

Salinan kad pengenalan suami/ penjaga (depan & belakang)

3.

Salinan sijil perkahwinan sekiranya permohon bukan berstatus 'K'

4.

Salinan rekod kesihatan ibu mengandung (muka hadapan)

5.

Salinan muka hadapan buku akaun/ penyata akaun

6.

Salinan nota discaj/ sijil lahir bayi

Ketahui Lebih Lanjut

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 kepada setiap ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak bagi membantu keperluan ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

(i)  Warganegara Malaysia;
(ii)  Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
(iii)  Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
(iv) Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.

 

(i)  Salinan Kad Pengenalan/Pasport Pemohon (Depan dan Belakang);

(ii)  Salinan Kad Pengenalan/Pasport Suami/Penjaga (Depan dan Belakang);

(iii)  Salinan Sijil Perkahwinan Sekiranya Pemohon Bukan Berstatus ‘K’;

(iv)  Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan);

(v)  Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon;

(vi)  Salian Pengesahan Doktor / Nota Discaj / Sijil Lahir Bayi.

(Nota: Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas /Ketua Kaum/Ketua Masyarakat).

Permohonan BIB boleh dibuat secara online dan manual seperti berikut:

Online
Permohonan dibuat melalui aplikasi iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store

Manual
Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, KPWK (Kuching sahaja).

Anda boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB) setiap kali anda melahirkan anak dengan syarat wajib memohon dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.

Sekurang-kurangnya 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada KPWK.

Sekiranya anda sudah bersalin, anda masih layak memohon BIB dengan syarat dalam tempoh 3 bulan selepas anda bersalin.

Pemohon adalah layak mendapat Bantuan Ibu Bersalin (BIB) sekiranya usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas serta mempunyai pengesahan daripada pegawai perubatan.

Tidak layak kerana usia kandungan anda tidak mencapai 22 minggu dan ke atas.

Pemohon harus memohon kepada Setiausaha Tetap, KPWK untuk mendapat kebenaran bagi menggunakan akaun suami atau penjaga bagi penyaluran Bantuan Ibu Bersalin.

Sila hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau e-mel ke bib@sarawak.gov.my

Malay
English Malay